Skip to main content

Peperiksaan PMR 2009 Dua Minggu?

Seperti sedia maklum, takwim peperiksaan awam 2009 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu perkara menarik tahun ini adalah jadual peperiksaan PMR. Kali pertama dalam sejarah, PMR tahun ini akan dijalankan dalam masa 2 minggu. Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga tahun ini dijadualkan mengambil peperiksaan pada 7-9 Oktober (Rabu-Jumaat), dan dari 12-13 Oktober (Isnin-Selasa).

Biasanya PMR yang berlangsung pada Oktober setiap tahun hanya memakan masa 5 hari peperiksaan, dalam satu minggu. Rutin kertas peperiksaan adalah hari Isnin - Khamis: pagi dan petang, manakala Jumaat, pagi sahaja.
Mengapa tahun ini berbeza?
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan bahawa tarikh bagi PMR diubah sedemikian dari tarikh asalnya memandangkan jadual PMR yang asal berakhir terlalu hampir dengan perayaan Hari Deepavali, pada 17 Oktober.Dalam pada itu, beliau berkata peperiksaan PMR tidak dapat dimulakan pada hari Isnin (5 Oktober) kerana tarikh tersebut adalah terlalu awal.
Sebenarnya pada tahun lalu, pada awalnya jadual peperiksaan PMR dipisahkan kepada 2 bulan - iaitu sebahagian kertas pada Oktober manakala sebahagiannya lagi pada November. Namun begitu, tarikh peperiksaan telah diubah ke dalam satu minggu, hanya pada bulan Oktober berikutan rungutan dari ibubapa dan para pelajar berhubung masalah tarikh-tarikh peperiksaan yang terpisah itu.

Kita tengok nanti apa kesan pemisahan tarikh ini. Yang PakTeh nampak, lebih banyak baiknya berbanding yang buruk. Paling baiknya adalah bagi kertas 12-13 Oktober, ada extra 2 hari pada Sabtu & Ahad sebelumnya untuk calon-calon PMR mengulangkaji. Selamat Berusaha.

PMR [Ujian Bertulis]
7 - 9 Oktober 2009
12-13 Oktober 2009

Adopted from:
http://azmanlin.blogspot.com/2009/02/peperiksaan-pmr-2009-dua-minggu.html

PRINT THIS BLOG

Comments



Free Educational Website For All

Popular posts from this blog

Buruj mudahkan pengenalan bintang di langit

Terdapat 88 sistem buruj di langit. Buruj sebenarnya adalah titik-titik bintang yang dikumpul dan dibahagikan serta diberikan nama-nama tertentu berdasarkan bentuk supaya mudah diingat. Ini merupakan cara sistem buruj mula terbentuk. Justeru, buruj ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang benar. Ia sebenar adalah lambang khayalan ahli-ahli syair, petani dan juga astronomi lebih 6,000 tahun lalu. Tujuan sebenar penciptaan buruj ini adalah bagi membantu kita mengenal pasti jutaan bintang di langit. Semasa langit gelap, anda boleh melihat lebih kurang 1,000 hingga 1,500 bintang. Pasti sukar untuk kita mengenal pasti bintang yang mana satu. Malah sekali imbas, titik cahaya yang berkedipan di langit malam kelihatan sama sahaja. Oleh itu, beribu tahun dahulu, ahli astronomi awal telah membahagikan bintang mengikut kumpulan dan melukis gambar khayalan seperti kala jengking atau beruang, di sekeliling kumpulan bintang tersebut supaya mudah diingat. Bintang di dalam sesuatu buruj itu se...

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi. Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.    Namaku Si Pegar, bukan Pagar!   Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...). Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawa...

Muka jambu ahli gusti WWE sebelum jadi ahli gusti

Iklan sekali-sekala. Jambu jugak muka-muka ahli-ahli gusti WWE ni zaman remaja sebelum mereka menjadi ahli gusti ya, keh3. Kalau muka masa kecil baru lahir tu lain ceritalah....... Dwayne Johnson aka The Rock