Skip to main content

CONTOH SURAT RASMI

Suami bin Lelaki (Nama penuh siap bin sekali tau....)
17, Jalan Angkasa,
 24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan (Nama si isteri tersayang)
17, Jalan Angkasa,
 24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Dengan segala hormatnya dan gembiranya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik buah hati (Nama penuh si calon) yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

(Tandatangan atau cap cari)
Suami bin Lelaki

Comments



Free Educational Website For All

Popular posts from this blog

Buruj mudahkan pengenalan bintang di langit

Terdapat 88 sistem buruj di langit. Buruj sebenarnya adalah titik-titik bintang yang dikumpul dan dibahagikan serta diberikan nama-nama tertentu berdasarkan bentuk supaya mudah diingat. Ini merupakan cara sistem buruj mula terbentuk. Justeru, buruj ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang benar. Ia sebenar adalah lambang khayalan ahli-ahli syair, petani dan juga astronomi lebih 6,000 tahun lalu. Tujuan sebenar penciptaan buruj ini adalah bagi membantu kita mengenal pasti jutaan bintang di langit. Semasa langit gelap, anda boleh melihat lebih kurang 1,000 hingga 1,500 bintang. Pasti sukar untuk kita mengenal pasti bintang yang mana satu. Malah sekali imbas, titik cahaya yang berkedipan di langit malam kelihatan sama sahaja. Oleh itu, beribu tahun dahulu, ahli astronomi awal telah membahagikan bintang mengikut kumpulan dan melukis gambar khayalan seperti kala jengking atau beruang, di sekeliling kumpulan bintang tersebut supaya mudah diingat. Bintang di dalam sesuatu buruj itu se...

Can you IMAGINE IF Selena Gomez and Taylor Swift WEAR HIJAB?

Why Do Languages Die?

Urbanization, the state and the rise of nationalism. “The history of the world’s languages is largely a story of loss and decline. At around 8000 BC, linguists estimate that upwards of 20,000 languages may have been in existence. Today the number stands at 6,909 and is declining rapidly. By 2100, it is quite realistic to expect that half of these languages will be gone, their last speakers dead, their words perhaps recorded in a dusty archive somewhere, but more likely undocumented entirely. (…) The problem with globalization in the latter sense is that it is the result, not a cause, of language decline. (…) It is only when the state adopts a trade language as official and, in a fit of linguistic nationalism, foists it upon its citizens, that trade languages become “killer languages.” (…)