Skip to main content

Kontradiksi Diri

Bait-bait askara kata
tercetus ilham terisimewa
angin senja berlalu di ufuk buana
seluang lincah melawan arus
membentuk keindahan fana,maka
bermulanya epilog kontradiksi diri

Apabila eksplisit menduga implisit
igauan duka kembali menyentap diri
membenam lembah-lembah air di mata kehampaan
lalu mencuka gamitam momentum ketenangan
tak dapat mengejarnya kembali
walau kenengan manis berjaya dicungkil
di lubuk hati simpati
kerana perihal diri
pencetus polemik ini

Kebencian kontradiksi diri membuak-buak
di sudut hati kecil tersimpul utuh
sukar dihuraikan walau setitis pelerai ketenangan
kuasa pasi sukar dicapai
membentuk gerila ketahanan berpaksi
membuatku tertanya-tanya
mampukah ia bertahan?
menempis noda, khianat, hagas?
kebalkah?
nahu alam membuktikannya.

NUKILAN:
MOHD FAIZAL HASSAN
Sg. Petani, Kedah

Comments



Free Educational Website For All

Popular posts from this blog

Buruj mudahkan pengenalan bintang di langit

Terdapat 88 sistem buruj di langit. Buruj sebenarnya adalah titik-titik bintang yang dikumpul dan dibahagikan serta diberikan nama-nama tertentu berdasarkan bentuk supaya mudah diingat. Ini merupakan cara sistem buruj mula terbentuk. Justeru, buruj ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang benar. Ia sebenar adalah lambang khayalan ahli-ahli syair, petani dan juga astronomi lebih 6,000 tahun lalu. Tujuan sebenar penciptaan buruj ini adalah bagi membantu kita mengenal pasti jutaan bintang di langit. Semasa langit gelap, anda boleh melihat lebih kurang 1,000 hingga 1,500 bintang. Pasti sukar untuk kita mengenal pasti bintang yang mana satu. Malah sekali imbas, titik cahaya yang berkedipan di langit malam kelihatan sama sahaja. Oleh itu, beribu tahun dahulu, ahli astronomi awal telah membahagikan bintang mengikut kumpulan dan melukis gambar khayalan seperti kala jengking atau beruang, di sekeliling kumpulan bintang tersebut supaya mudah diingat. Bintang di dalam sesuatu buruj itu se...

The Beginning of Everything

Okay, as you all know, I am not pleased for journal writing yet I'm addicted to it. I've not written my journal for quite long time, so I took a step forward; hence making me, myself become more interested to carry on the task. It does not require much energy, but just time. Yet, it is so meaningful and gives me satisfaction. My next year theme? Wait for that in my upcoming posts...