Skip to main content

Selamat Bersara Tan Sri KPPM

Selamat Bersara Tan Sri KPPMPDFCetakEmel
Ditulis oleh Noorman, pada 05-11-2010 16:28  
dilihat28
Warga SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 mengucapkan selamat bersara kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, 58, yang bersara wajib. Semuga Tan Sri dapat meneruskan perjuangan melalui karier baru di Yayasan Guru Malaysia Berhad.(YGMB)
PUTRAJAYA 4 Nov. - Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, 58, yang bersara wajib hari ini setelah berkhidmat selama 34 tahun diraikan oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Pelajaran dalam suasana penuh terharu.

Beliau mengetip keluar kad perakam waktu bagi kali terakhir pada pukul 4.30 petang ini dan kemudian bersalaman dengan rakan-rakan sekerja dan kakitangan kementerian serta para pelajar sekolah.
Alimuddin yang memegang jawatan tersebut sejak Ogos 2007 menyifatkan perkhidmatan dalam bidang pendidikan begitu mencabar dan mempunyai tanggungjawab besar apatah lagi banyak dasar baru diperkenalkan semasa tempoh beliau menerajui jabatan tersebut.
"Alhamdulillah, saya telah mendapat sokongan kuat daripada para pegawai dan kakitangan kementerian sepanjang tempoh berkhidmat bagi memastikan segala usaha melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dapat dilakukan.
"Dasar-dasar baru itu perlu dilaksanakan seiring dengan perubahan dunia di mana negara-negara luar sedang mengubah sistem pendidikan mereka," katanya ketika berucap pada majlis perpisahan bersama pegawai dan kakitangan kementerian di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Mazlilah Ahmad Mansor; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Rosli Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Badarudin Abd. Rahaman dan timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Norezan Bapoo Hashim; Dr. Khair Mohamad Yusof dan Datuk Asariah Mior Shaharuddin.
Alimuddin yang sebelum ini menjawat Penolong Ketua Pengarah Pelajaran menggantikan Datuk Dr. Ahmad Sipon yang bersara wajib pada Julai 2007.
Kepimpinan diterajui oleh Alimuddin juga menghadapi saat getir dengan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang penuh kontroversi sehingga akhirnya dimansuhkan oleh kerajaan pada tahun lalu.
Beliau yang merupakan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak pada 1976 dan pernah menjadi Pengetua Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Alimuddin yang merupakan anak kelahiran Ayer Tawar, Perak berkata, sistem pelajaran di negara ini sudah berada di landasan yang betul dan segala pembaharuan dasar yang diperkenalkan kerajaan memberikan kebaikan kepada anak bangsa.
Katanya, ini termasuk mengehadkan pengambilan 10 mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan para pelajar tidak terbeban dengan pendidikan yang terlampau bersifat akademik sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum yang lain.
"Dasar Satu Murid Satu Sukan juga diperkenalkan untuk memastikan budaya bersukan dipupuk dari alam persekolahan untuk menghasilkan pelajar yang cergas dan cerdas," katanya.
Alimuddin yang terkenal dengan sifat peramah dan kaya dengan senyuman itu berkata, selepas ini beliau mahu berehat seketika bagi menyesuaikan diri dengan alam persaraan.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Bhd. (YGMB) berazam meneruskan baktinya menerusi kegiatan dalam yayasan tersebut terutama dalam membantu warga pendidik.
"Melalui dana RM10 juta yang diumumkan oleh kerajaan kepada YGMB baru-baru ini, kita akan pastikan ia digunakan sepenuhnya.
"Kita akan pastikan warga pendidik akan menikmati sumbangan seperti khairat, bantuan anak-anak, sakit atau kemalangan selain memberikan sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan dana," katanya.
______________________________________________

Salam hormat  Tan Sri,

Selamat bersara semoga Allah merahmati segala usaha yang telah Tan Sri curahkan di dalam dunia pendidikan. Saya doakan Tan Sri akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan Allah permudahkan segala urusan Tan Sri selepas ini. 

Dilihat dari raut wajah Tan Sri dari  gambar-gambar yang dipaparkan di dada-dada akhbar yang menulis tentang perkhidmatan dan persaraan Tan Sri, saya percaya, walaupun terpaksa, wajah tersebut menampakkan kepuasan bekerja ditahap yang sangat tinggi. Banyak jasa telah di curahkan, dan banyak pengalaman pahit manis telah dilalui. Bagi saya, walaupun hanya sekali mengikuti mesyuarat bersama Tan Sri semasa di Putra Jaya sebelum PPSMI di mansuhkan, sudah cukup menggambarkan betapa orang ini sangat hebat penampilannya. 


Sekali lagi, saya mengucapkan selamat bersara dan selamat beristiherat. Jika ada niat untuk membantu dunia pendidikan kita di Malaysia, sangat sangat di alu-alukan.

SOURCE: 
http://smkbtho.net/

Comments



Free Educational Website For All

Popular posts from this blog

Buruj mudahkan pengenalan bintang di langit

Terdapat 88 sistem buruj di langit. Buruj sebenarnya adalah titik-titik bintang yang dikumpul dan dibahagikan serta diberikan nama-nama tertentu berdasarkan bentuk supaya mudah diingat. Ini merupakan cara sistem buruj mula terbentuk. Justeru, buruj ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang benar. Ia sebenar adalah lambang khayalan ahli-ahli syair, petani dan juga astronomi lebih 6,000 tahun lalu. Tujuan sebenar penciptaan buruj ini adalah bagi membantu kita mengenal pasti jutaan bintang di langit. Semasa langit gelap, anda boleh melihat lebih kurang 1,000 hingga 1,500 bintang. Pasti sukar untuk kita mengenal pasti bintang yang mana satu. Malah sekali imbas, titik cahaya yang berkedipan di langit malam kelihatan sama sahaja. Oleh itu, beribu tahun dahulu, ahli astronomi awal telah membahagikan bintang mengikut kumpulan dan melukis gambar khayalan seperti kala jengking atau beruang, di sekeliling kumpulan bintang tersebut supaya mudah diingat. Bintang di dalam sesuatu buruj itu se...

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi. Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.    Namaku Si Pegar, bukan Pagar!   Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...). Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawa...

Muka jambu ahli gusti WWE sebelum jadi ahli gusti

Iklan sekali-sekala. Jambu jugak muka-muka ahli-ahli gusti WWE ni zaman remaja sebelum mereka menjadi ahli gusti ya, keh3. Kalau muka masa kecil baru lahir tu lain ceritalah....... Dwayne Johnson aka The Rock