Skip to main content

Ibu Nafi Amalina Amal Gaya Hidup Bebas

UPDATED!!!




JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.

Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.

 “Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Berita Harian

SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.

Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).
Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.


UPDATES!!!


Comments



Free Educational Website For All

Popular posts from this blog

Buruj mudahkan pengenalan bintang di langit

Terdapat 88 sistem buruj di langit. Buruj sebenarnya adalah titik-titik bintang yang dikumpul dan dibahagikan serta diberikan nama-nama tertentu berdasarkan bentuk supaya mudah diingat. Ini merupakan cara sistem buruj mula terbentuk. Justeru, buruj ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang benar. Ia sebenar adalah lambang khayalan ahli-ahli syair, petani dan juga astronomi lebih 6,000 tahun lalu. Tujuan sebenar penciptaan buruj ini adalah bagi membantu kita mengenal pasti jutaan bintang di langit. Semasa langit gelap, anda boleh melihat lebih kurang 1,000 hingga 1,500 bintang. Pasti sukar untuk kita mengenal pasti bintang yang mana satu. Malah sekali imbas, titik cahaya yang berkedipan di langit malam kelihatan sama sahaja. Oleh itu, beribu tahun dahulu, ahli astronomi awal telah membahagikan bintang mengikut kumpulan dan melukis gambar khayalan seperti kala jengking atau beruang, di sekeliling kumpulan bintang tersebut supaya mudah diingat. Bintang di dalam sesuatu buruj itu se

Can you IMAGINE IF Selena Gomez and Taylor Swift WEAR HIJAB?

Why Do Languages Die?

Urbanization, the state and the rise of nationalism. “The history of the world’s languages is largely a story of loss and decline. At around 8000 BC, linguists estimate that upwards of 20,000 languages may have been in existence. Today the number stands at 6,909 and is declining rapidly. By 2100, it is quite realistic to expect that half of these languages will be gone, their last speakers dead, their words perhaps recorded in a dusty archive somewhere, but more likely undocumented entirely. (…) The problem with globalization in the latter sense is that it is the result, not a cause, of language decline. (…) It is only when the state adopts a trade language as official and, in a fit of linguistic nationalism, foists it upon its citizens, that trade languages become “killer languages.” (…)