Skip to main content

Jepun Cipta Virus “Baik”


Akibat kemunculan kes serangan siber melalui virus dan malware yang begitu tinggi, Kementerian Pertahanan Jepun mencari cara alternatif terbaru agar dapat mengatasinya

Menurut laporan media tempatan, agensi kerajaan tersebut kini sedang membangunkan sebuah virus komputer yang bertujuan untuk mencari dan menghancurkan serangan siber yang dilancarkan terhadap negara itu.

Cyberweapon malware yang sedang dicipta oleh kontraktor pertahanan Fujitsu dianggarkan menelan belanja sebanyak $ 2.3 juta.

Cyberweapon akan mempunyai kemampuan untuk mengenalpasti sumber serangan siber dengan ketepatan yang tinggi, kemudian menjangkitkan dirinya sendiri dari komputer ke komputer dan membersihkan virus-virus di seluruh rangkaian.

Menurut laporan oleh laman media baru Jepun The Yomiuri Shimbun, Virus Cyberweapon yang telah dibangunkan sejak 2008 itu telah diuji dalam persekitaran rangkaian tertutup dan dibangunkan bagi tujuan pertahanan. Tetapi ahli parlimen Jepun perlu menggubal undang-undang baru agar dapat virus tersebut digunakan kerana jika tidak, Kemunculuan virus selamat tersebut boleh dikatakan akan melanggar undang-undang Jepun saat kini.

Berita tentang cyberweapon ini telah menjadi harapan di tengah kebimbangan atas peningkatan serangan siber yang tinggi  di Jepun.

Comments



Free Educational Website For All

Popular posts from this blog

Buruj mudahkan pengenalan bintang di langit

Terdapat 88 sistem buruj di langit. Buruj sebenarnya adalah titik-titik bintang yang dikumpul dan dibahagikan serta diberikan nama-nama tertentu berdasarkan bentuk supaya mudah diingat. Ini merupakan cara sistem buruj mula terbentuk. Justeru, buruj ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang benar. Ia sebenar adalah lambang khayalan ahli-ahli syair, petani dan juga astronomi lebih 6,000 tahun lalu. Tujuan sebenar penciptaan buruj ini adalah bagi membantu kita mengenal pasti jutaan bintang di langit. Semasa langit gelap, anda boleh melihat lebih kurang 1,000 hingga 1,500 bintang. Pasti sukar untuk kita mengenal pasti bintang yang mana satu. Malah sekali imbas, titik cahaya yang berkedipan di langit malam kelihatan sama sahaja. Oleh itu, beribu tahun dahulu, ahli astronomi awal telah membahagikan bintang mengikut kumpulan dan melukis gambar khayalan seperti kala jengking atau beruang, di sekeliling kumpulan bintang tersebut supaya mudah diingat. Bintang di dalam sesuatu buruj itu se...

The Beginning of Everything

Okay, as you all know, I am not pleased for journal writing yet I'm addicted to it. I've not written my journal for quite long time, so I took a step forward; hence making me, myself become more interested to carry on the task. It does not require much energy, but just time. Yet, it is so meaningful and gives me satisfaction. My next year theme? Wait for that in my upcoming posts...